Sharing is Loving (part 1)

salam~

secara tiba-tiba sahaja saya nak post something on my blog. Dalam perjalanan ke Nilai tadi untuk buat tempahan cermin, ada beberapa perkara bermain di fikiran yang ingin saya kongsi bersama:

1. Komunikasi Suami Isteri yang baik

Saya terpanggil untuk membicarakan topik ini di mana banyak contoh pasangan yang telah bergelar suami isteri menjadi salah satu elemen penting dalam hidup seharian saya..Jadi apa salahnya saya berkongsi pandangan saya.

Membina komunikasi yang baik sesama suami isteri adalah dituntut dalam Islam. Suami harus bersikap adil kepada isteri dan sebaliknya. Komunikasi yang baik terhadap isteri termaksuklah melayaninya dengan lemah lembut , bertolak-ansur dah sebagainya.

Dari Abu Hurairah dia berkata:
Rasulullah bersabda: " Pergaulkanilah kaum wanita itu dengan pergaulan lemah lembut. kerana sesungguhnya kaum wanita itu dijadikan dari tulang rusuk dan sesunggunhnya tulang rusuk itulah yang sebengkok-bengkoknya ialah yang paling atas. Maka apabila engkau hendak meluruskannya, luruskanlah dengan perlahan dan apabila tidak diluruskan, ia sentiasa bengkok selama-lamanya. Oleh sebab itu, pergaulilah wanita dengan pergaulan yang lemah lembut." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis tersebut jelas menerangkan cara komunikasi yang berkesan terhadap wanita. Perlakuan kasar kepada isteri adalah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabda baginda: Dari Jabir; Rasulullah melarang suami mengetuk pintu keluarganya pada malam hari, melarang berkhianat kepada mereka atau mencari-cari kesalahan mereka. (Riwayat Muslim)

Kisah seorang lelaki pergi ke rumah Amirul mukminin Umar al-Khattab untuk mengadu kepadanyan  perihal isterinya. Maka dia berhenti di hadapan pintu rumah Umar al-Khattab menunggu beliau keluar. Ketika itu lelaki tersebut terdengar isteri Umar al-Khattab meleteri beliau dan Umar hanya berdiam sahaja. Melihat yang demikian pulanglah lelaki tersebut ke rumahnya sambil berkata sendiri: "Jika begitulah tindakan Umar kepada isterinya sedangkan umum mengetahui sikap Umar yang garang dan tegas, maka siapalah aku ini."

Jadi renungkanlah~

2. Besarnya Peranan Suami

Tajuk kedua yang ingin dikongsi bersama. Purata jika kita sediri lihat di internet, surat khabar mahupun blog, ramai yang sering membicarakan bekenaan wanita sahaja. Jadi, saya terpanggil untuk mengimbangi situasi ini..

Suami yang bijak dan peka adalah pemimpin rumah tangga yang seharusnya sentiasa berusaha sekreatif yang mungkin untuk mencorak rumah tangga yang harmoni dalam mendidik seorang insan yang bergelar isteri. Kejadian ALLAH s.w.t yang amat unik dan terperinci membekalkan sesuatu yang amat istimewa kepada kaum lelaki di mana dianugerahkan kekuatan akal yang rasional, tdak terlalu mudah untuk beremosi atau tidak mudah didorong oleh perasaan.

Oleh sebab itulah kenapa Allah menganugerahkan lelaki dengan sembilan akal dan satu nafsu. Jika kekuatan akal yang dikurniakan ini dapat digunakan sebaik-baiknya, ditambah dengan kekuatan ilmu dah kesabaran disertai dengan kekuatan jasmani dalam mencari nafkah keluarga, maka suami akan menjadi tunjang kepada lahirnya sebuah keluarga yang harmoni seterusnya menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa kepada keluarga yang bahagia.

Keteguhan iman dan ketakwaaan kepada Allah disertakan denga usaha dan doa yang tidak putus kepada Ilahi memberikan suami semangat untuk melayani karenah dan ragam isteri saban hari.

Sepertimana yang difirmankan oleh Allah yang bermaksud:
"Lelaki adalah pemimpin(pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian dari hartanya.


Sedikit bingkisan pemikiran saya yang ingin saya kongsikan bersama. Ada kala nya kata-kata saya ini adalah merupakan fantasi bagi sebahagian manusia di muka bumi ini. Bak  kata pepatah "Indah kata dari rupa" . Tapi Jikalau kita berusaha ke arahnya dengan bersungguh-sungguh, tidak mungkin perkara ini tidak dapat dicapai. Ingatlah.. Allah sentiasa membantu makhluknya dengan bermacam-macam kurniaan.
Carilah~

0 Response to "Sharing is Loving (part 1)"