lagi~



hari ini aku berfikir lagi 
apakah boleh aku mengharap pada si dia
yang mengatakan sayang padaku
tetapi
apa yang ku lihat hidup yang dilaluinya
begitu tidak meyakinkan
apakah ku sendiri yang hanya berdiri sebelah kaki
memandang si dia yang dekerumuni jejaka-jejaka yang tidak putus menariknya dari ku
kebelakangan ini
semuanya kabur bagi ku 




adakalanya keteguhan hati ini goyah buat seketika
memandang tingkah-laku si dia 
yang betul-betul menyakitkan hati
tak sedikit pun aku suarakan sakit hati ini pada si dia
kerna aku telah meletakkan kepercayaan pada si dai
terpulanglah
pada si dia
aku bukan hendak hanya berserah pada Yang Maha Esa tanpa apa-apa usaha
tapi
7 tahun usahaku


apa yang ku lihat sekarang
hanya kesedihan yang menanti dari si dia..


salam~

After a long journey and I am here~

Orang selalu berfikir seperti apa yang mereka nak fikirkan
ape yang difikirkan tak semestinya menjadi nyata
tapi kadang-kadang pemikiran membawa kita jauh ke awangan
tatkala itu
minda dan jiwa dibuai asyik angin yang sepi
adakalanya aku sering tertanya
"Kenapakah ini semua berlaku?"
"Apakah semua ini nasib yang masih perlu aku tempuhi?"
sukar menerima dan diterima
pabila penerimaan berlaku
malapetaka pula menimpa
di kala bulan bersinar di pinggir langit
sampaikanlah
sampaikanlah kepada si Dia

aku sedang duduk membisu
menanti seribu satu jawapan dariNya


Manakan ku bawa semua persoalan 
di malam hari yang dipenuhi cahaya bulan
hanya menanti
setelah 7 tahun menanti
menanti dan menanti
bilakan sampai di penghujungnya...


salam
-am-

Sharing is Loving (part 2)

Dari Ali bin Abi Thalib radiallahuanhu, Rasulullah saw bersabda bermaksud:
"Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala pasri turun kepada mereka, iaitu:

  1.  Apabila harta negara hanya beredar kepada orang-orang tertentu
  2. Apabila amanah dijadikan satu sumber keuntungan
  3. Zakat dijadikan HUTANG
  4. Suami yang menurut kehendak isteri
  5. Anak derhaka kepada ibunya
  6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya
  7. Ia suka menjauhkan diri dari ayahnya
  8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid
  9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah yang terhina antara mereka
  10. Seseorang yang dimuliakan kerana dtakuti kejahatannya
  11. Khamar(arak) sudah diminum di merata tempat
  12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
  13. Golongan artis menjadi pujaan
  14. Muzik banyak di mainkan
  15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat)
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan diubah menjadi makhluk lain." (Riwayat Tarmizi).


bersambung~

Sharing is Loving (part 1)

salam~

secara tiba-tiba sahaja saya nak post something on my blog. Dalam perjalanan ke Nilai tadi untuk buat tempahan cermin, ada beberapa perkara bermain di fikiran yang ingin saya kongsi bersama:

1. Komunikasi Suami Isteri yang baik

Saya terpanggil untuk membicarakan topik ini di mana banyak contoh pasangan yang telah bergelar suami isteri menjadi salah satu elemen penting dalam hidup seharian saya..Jadi apa salahnya saya berkongsi pandangan saya.

Membina komunikasi yang baik sesama suami isteri adalah dituntut dalam Islam. Suami harus bersikap adil kepada isteri dan sebaliknya. Komunikasi yang baik terhadap isteri termaksuklah melayaninya dengan lemah lembut , bertolak-ansur dah sebagainya.

Dari Abu Hurairah dia berkata:
Rasulullah bersabda: " Pergaulkanilah kaum wanita itu dengan pergaulan lemah lembut. kerana sesungguhnya kaum wanita itu dijadikan dari tulang rusuk dan sesunggunhnya tulang rusuk itulah yang sebengkok-bengkoknya ialah yang paling atas. Maka apabila engkau hendak meluruskannya, luruskanlah dengan perlahan dan apabila tidak diluruskan, ia sentiasa bengkok selama-lamanya. Oleh sebab itu, pergaulilah wanita dengan pergaulan yang lemah lembut." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis tersebut jelas menerangkan cara komunikasi yang berkesan terhadap wanita. Perlakuan kasar kepada isteri adalah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabda baginda: Dari Jabir; Rasulullah melarang suami mengetuk pintu keluarganya pada malam hari, melarang berkhianat kepada mereka atau mencari-cari kesalahan mereka. (Riwayat Muslim)

Kisah seorang lelaki pergi ke rumah Amirul mukminin Umar al-Khattab untuk mengadu kepadanyan  perihal isterinya. Maka dia berhenti di hadapan pintu rumah Umar al-Khattab menunggu beliau keluar. Ketika itu lelaki tersebut terdengar isteri Umar al-Khattab meleteri beliau dan Umar hanya berdiam sahaja. Melihat yang demikian pulanglah lelaki tersebut ke rumahnya sambil berkata sendiri: "Jika begitulah tindakan Umar kepada isterinya sedangkan umum mengetahui sikap Umar yang garang dan tegas, maka siapalah aku ini."

Jadi renungkanlah~

2. Besarnya Peranan Suami

Tajuk kedua yang ingin dikongsi bersama. Purata jika kita sediri lihat di internet, surat khabar mahupun blog, ramai yang sering membicarakan bekenaan wanita sahaja. Jadi, saya terpanggil untuk mengimbangi situasi ini..

Suami yang bijak dan peka adalah pemimpin rumah tangga yang seharusnya sentiasa berusaha sekreatif yang mungkin untuk mencorak rumah tangga yang harmoni dalam mendidik seorang insan yang bergelar isteri. Kejadian ALLAH s.w.t yang amat unik dan terperinci membekalkan sesuatu yang amat istimewa kepada kaum lelaki di mana dianugerahkan kekuatan akal yang rasional, tdak terlalu mudah untuk beremosi atau tidak mudah didorong oleh perasaan.

Oleh sebab itulah kenapa Allah menganugerahkan lelaki dengan sembilan akal dan satu nafsu. Jika kekuatan akal yang dikurniakan ini dapat digunakan sebaik-baiknya, ditambah dengan kekuatan ilmu dah kesabaran disertai dengan kekuatan jasmani dalam mencari nafkah keluarga, maka suami akan menjadi tunjang kepada lahirnya sebuah keluarga yang harmoni seterusnya menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa kepada keluarga yang bahagia.

Keteguhan iman dan ketakwaaan kepada Allah disertakan denga usaha dan doa yang tidak putus kepada Ilahi memberikan suami semangat untuk melayani karenah dan ragam isteri saban hari.

Sepertimana yang difirmankan oleh Allah yang bermaksud:
"Lelaki adalah pemimpin(pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian dari hartanya.


Sedikit bingkisan pemikiran saya yang ingin saya kongsikan bersama. Ada kala nya kata-kata saya ini adalah merupakan fantasi bagi sebahagian manusia di muka bumi ini. Bak  kata pepatah "Indah kata dari rupa" . Tapi Jikalau kita berusaha ke arahnya dengan bersungguh-sungguh, tidak mungkin perkara ini tidak dapat dicapai. Ingatlah.. Allah sentiasa membantu makhluknya dengan bermacam-macam kurniaan.
Carilah~